Pages

04 February, 2012

tips jaga cermin mata


1) Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut. Gunakan kain pengelap lembut yang diberi oleh kedai cermin mata.

2) Elakkan dari terkena bahan-bahan chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.

3) Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari. Kerana ia boleh merosakkan lapisan multicoated.

4) Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan, Kerana ia akan merosakkan 'alignment' dan lebih teruk lagi ia akan menyebabkan tangkai Bingkai patah.

5) kalau boleh elakkan memakai cermin mata ketika memasak, kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut. Jika perlu gunakan cermin mata basahan(yang murah) untuk memasak.

6) Selalulah membilas cermin mata anda,dan laplah ia sampai kering.

7) Simpan cermin mata ditempat selamat. Jika boleh simpan di dalam sarung(casing) cermin mata.

2 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

xpakai spek pun...tp nk pakai la nnt...sbb rabun dgn silau...

=)

Zaza said...

dah pakai spek, jaga betul2 taw cam tips ni ek.huu