Pages

05 September, 2016

Tips untuk pelajar semasa latihan industri

Setelah sekian lama....

This is first entry for this year, 2016. Fuh lamanya tak blogging. 

First and foremost, aku nak share sikit pengalaman aku menjadi pelajar praktikal.
Actually aku tak habis lagi latihan industri di Hotel Seri Malaysia tapi aku dah belajar macam2 kat sini.

So, aku nak share beberapa tips untuk pelajar yang bakal mengikuti latihan industri.

1) Datang awal.

Ini paling basic lah korang kerja mana2 mesti kena datang awal. This is first impression tau. Kalau kat tempat aku intern ada punch card. So make sure korang tak lambat even seminit pun. PUNCTUAL! Tak marah tau bagitau je :)

2) Selalu bertanya.

Kalau korang tak tahu cara nak buat sesuatu kerja tu, kena amalkan sikap suka bertanya. JANGAN MALU! Nak belajar ni kita tak boleh malu. Tapi jangan tanya semua benda lah, nanti orang boleh fed up sebab soalan kita tak realistik, Takkan kerja dah biasa buat pun kita nak tanya banyak kali kan?

3) Pandai bawa diri.

Bawa diri ke mana eh? Maksud aku kat sini, korang kena pandai biasakan diri dengan staf2 kat situ. Jangan senyap je. Macam aku mula2 masuk memang senyap sebab aku tak kenal sesiapa lagi. Lepas seminggu, baru aku biasakan diri. Lagi bagus kalau korang ingat semua nama pekerja. Kalau tak mampu, korang ingat nama semua pekerja di jabatan yang korang ditempatkan. Macam aku sangat appreciate kalau ada orang ingat nama aku.

4) Ambil hati.

Ambil hati ni lebih kurang macam bodek lah. Korang kena pandai nak establish good relationship dengan pekerja or majikan kat situ. So, korang pandai2 lah puji, share makanan, tanya khabar ke. Be kind ok.




5) Jangan bertangguh bila ada kerja.

This is the important rule. If supervisor korang bagi kerja terus buat. Jangan macam ni :

'Saya buat lepas rehat lah."
"Saya buat esok lah."

Korang kena terus buat kerja tanpa bertangguh. If possible siapkan kerja pada hari yang sama. So, korang boleh buat kerja lain pada keesokan harinya.  

No comments: