Pages

02 May, 2012

bersyukur dengan apa yg kita ada

tadi aku cari Sijil Menengah Agama (SMA) tapi tak jumpa pun. DAH HILANG! nasib baik ada salinan slip sijil tu. careless btul :0
then aku kemas fail peribadi masa sekolah rendah dulu. aku terjumpa sijil UPSR.

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) - A
BAHASA MELAYU (PENULISAN) - A
BAHASA INGGERIS - B
MATEMATIK - A
SAINS - B
PEKA - 1

PERKARA ASA FARDHU AIN - LULUS

hurm.. aku dapat 3A 2B. tak dapat 5A macam abang, adik lelaki aku, tak dapat 4A juga macam adik perempuan aku. eh, tapi guru besar bagi hadiah duit dekat pelajar yang dapat 5A, 4A, 3A. so, tak lah kecewa sangat sebab aku dalam golongan yang layak dapat hadiah. huhu

tiba2 aku terjumpa ni...


aku jadi pelik bin ajaib jugak sebab tak pernah pun dapat kad ni dulu. tanpa melengahkan masa yang sudah banyak dibazirkan, aku pun baca kad tu. dalam kad tu bertulis macam ni

TAHNIAH ANGAH !
ayah bangga dengan kejayaan angah. walaupun tak dapat 5A _____bla bla bla. (16/11/2006)
ada satu ayat tu aku baca sampai meleleh air mata. mesti awak expect "Ayah sayang angah" kan ? ha, salah lah! biarlah aku je yang tahu ayat tu. lepas aku baca tu, baru aku sedar betapa susah nye nak cari duit tu. bukannye duit tu turun dari langit lepas tu kita cuma perlu tadah tangan je. selama ni aku tahu mintak duit je. bila tak dapat, buat muka masam mengalahkan asam keping je.

kenapa ayah tak pernah bagi aku kad ni. i wonder why ? sekarang aku dah faham erti 'bersyukur' tu. selama ni, aku tahu sebut je perkataan tu tapi tak memahami maksud sebenar.

sepatutnya aku bersyukur :
  • aku mampu habiskan zaman persekolahan aku
  • umi dan ayah dah bagi aku pendidikan agama secukupnya
  • aku mampu teruskan hidup sampai sekarang dengan rezeki / nikmat yang dikurniakan oleh Allah
  • aku mempunyai tempat berteduh, pakaian selama ni
  • aku ada sebuah keluarga yang masih bersama dan bahagia
  • aku dapat makan dan minum setiap hari
  • aku dapat kasih sayang dalam hidup ni
  • aku sihat dan 'berupaya'
  • aku selalu ada duit dalam purse :)
memang takkan habis kalau aku senaraikan semua kenikmatan hidup aku selama ni. mulai hari ni, aku nak belajar bersyukur dalam hidup. no more bandingkan dengan orang lain.


terima kasih Allah, umi, ayah :)

If you want to be happy in this world... don't see others.. see what Allah has given to you.. Praise to Allah what you have and Allah will give you more.. InsyaAllah..

3 comments:

kura said...

peh. jumpa kad lama. tragik ni. hehehh

Cik Amal said...

wahh!!
siap dapat kad lagii . .
mesti tacing kan mase tuh~~

syafeeqa said...

eh, sweetnya ayah awak bg kad gitu. tapi kan syukurlah awak dapat duit time upsr tuh. kitew tak dapat langsung T.T