Pages

28 July, 2013

kuantan mari !

holla !
eceh sejak duduk dekat pantai ni greeting acah2 hawai.
hari ni aku macam rajin sikit nak update blog.
so, aku nak cerita sikit aktiviti aku baru2 ni.
kalau nak tahu, boleh baca. kalau tak nak tahu, boleh blah.
ops!

let's begin the adventure (( adventure sangat ))
actually cerita minggu lepas tapi baru nak cerita. ketinggalan sangat.

20/7/2013
kitorang (aku, nana, umi, diana) plan nak berbuka dekat padang besar kuatan. this is last minute plan! orang cakap plan macam ni lah yang menjadi. ada tu plan bertahun2 lama, last2 tak jadi. yes, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

bagus betul orang kuantan ni berbuka ramai2 kan. so bagi anyone yang rasa alone sangat masa berbuka, mai lah sini! kite menumpang family orang lain. memang sesuai sangatlah orang macam aku ni yang menyambut bulan ramadhan di perantaun, berjauhan dengan keluarga. tu dia, mood sedih dah datang.





sorry, kualiti gambar agak kurang. lighting punya pasal lah ni. aku guna phone camera je. apa barang guna nikon tu semua (( ayat berbaur dengki ))

lepas berbuka tu, sudah semestilah dah malam kan. Nana (the driver) dah tak mampu nak memandu. lagipun agak bahaya driving waktu malam kan. aku pulak tak bawak lesen. so memang Nana yang drive all time. kitorang pun decide nak bermalam dekat cherating je. 

boleh bayangkan tak? kitorang langsung tak bawak baju extra masa tu. pagi esok pulak ada kelas. ini memang plan last minute aka desperate plan. sebelum check in resort, kitorang sempat beli berus gigi, sabun, makanan segera dekat stesen minyak. 


kitorang check in sini lah, suria cherating beach resort.

kalau uoll datang cherating kan, punya banyak resort dia wei. aku suggest uoll pilih resort ni. service sangat bagus ok! harga bilik pun murah, RM99 per night (ada 2 single bed). kitorang ada 4 orang, 2 orang satu katil  ye. jimat tak payah extra bed. katil pun boleh tahan besar even single bed. eh aku promote resort ni bukan dapat apa pun. takpe, aku promote dengan ikhlas. eceh.

actually ada gambar kami semua dekat pantai tapi aku tak upload lagi. nanti aku update! ini semua gara2 nak jimat quota internet. keh keh keh. 

ok sampai sini je. sebenarnya aku ni banyak kerja lagi tapi tak sedar diri (( ketuk kepala guna bantal yang lagi empuk )) oh baru sedar! saya chaw dulu. salam. 

thanks for reading. ai lap yu all !




No comments: