Pages

08 September, 2013

Habit

Well seperti yang korang tahu, habit tu adalah tabiat tetapi aku lagi suka panggil habit. Bunyi tabiat tak best. Ok tak penting. Abaikan.

Aku percaya semua orang di dunia ini mesti ada habit masing2. Aku pun ada habit tersendiri. Mungkin habit aku ni pelik sikit tak pun banyak sikit.

Habit pertama : bantal busuk.
Oh habit ni aku gerenti ramai yang ada bantal busuk kan? Baik mengaku cepat! Sejujurnya aku perlukan bantal busuk pada setiap masa bukan waktu tidur je. Aku sedar ini habit yang memalukan. Jadi aku decide nak hentikan habit berbantal busuk. Bukan senang nak tinggalkan habit yang kita dah bawa dari kecil lagi tapi aku berjaya! Ok aku bangga dengan diri sendiri. So, aku dah tinggalkan bantal busuk kesayangan aku tu waktu aku form 5. Malulah nak bawak bantal yang dah tak macam bantal tu ke universiti tetapi aku masih simpan bantal pusaka itu, sayang lagi ok.

Habit kedua : tidur awal.
Sebelum aku melangkah ke alam universiti, aku mempunyai habit suka tidur awal. Biasanya pukul 10 malam aku sudah tidur ye kalian, paling lambat pun pukul 11 malam. Cerita dia memang aku jarang sentuh buku waktu malam. Apa yang aku belajar di sekolah, itu sahaja! Aku tidak akan buat revision di rumah. That's why result exam aku tak pernah straight A, usaha sikit, tidur lebih. Alhamdulilah, result SPM aku melayakkan aku masuk ke IPTA. Sejak berada di sini baru aku sedar tiada lagi istilah tidur awal. TIADA LAGI! Cuba bayangkan macam2 aku kena lakukan di sini sehingga terpaksa mengurangkan the total of my sleep hour. Antaranya, kejar merit untuk mendapatkan kolej pada sem hadapan, assignment, test, bla bla bla. Belum cerita kelas pagi sampai malam lagi. 

Habit ketiga : makanan.
Dalam dunia ni hanya ummi ayah sahaja tahu aku suka makan apa atau aku tidak akan makan apa. Ye cerewet sungguh. Aku sedih tak dapat merasa masakan ummi ayah lagi dekat kolej ini. Zahirah, padan muka! Kalau duduk rumah memilih sangat makanan. So, habit aku memilih makanan yang aku gemari sahaja. Habit ini juga terpaksa aku tinggalkan. Mestilah tak mungkin aku nak pergi dapur cafe, mengadu dekat tukang masak macam ini "Mak cik, lauk mak cik masak ni langsung tak sedap, boleh masak menu lain? Tak pun mak cik berhenti je kerja ni." Aku begitu yakin tanpa sangsi lagi kalau aku cakap macam itu, mesti periuk, senduk, kuali, pinggan mangkuk akan berterbangan ke arahku. Kau tak payah nak demand sangat! 

Sebenarnya banyak lagi habit aku. Kalau nak list semua memang sampai tahun depan pun belum tentu siap. Aku cuma nak bagitahu korang semua yang bukan semua habit kita boleh kekalkan jadi habit. Sesetengah habit kita kena lupakan untuk kebaikan diri sendiri. Amboi ayat aku. Aku dah banyak ubah cara hidup aku sejak aku bergelar mahasiswi. Ye aku berharap kita semua dapat pulang ke rumah dengan segulung ijazah khas untuk orang tua kita. Kalian, mari berusaha bersama! Sekian.

No comments: